Kisah Si Rama-rama


Kisah Si Rama-Rama


Rama–rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek–objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas. 

Telur yang menetas menjadi ulat beluncas. Beluncas (larva) adalah peringkat dimana ia kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak-corak jalur atau tompok–tompok dan juga mempunyai rerambut halus seakan–akan duri–duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran.

Di kala ini hidupnya penuh kehinaan dan penderitaan. Rupanya yang hodoh amat menakutkan dan tidak disukai oleh semua orang. Ramai yang geli akan rupa dan bentuk badannya. Pasrah dengan keadaan dirinya, hanya dengan percaya akan ketentuan Ilahi. Ia terus berjuang dan berusaha menjalani kehidupan ini. Ia juga dianggap perosak kepada tumbuhan. Seringkali ia dibunuh dan hidupnya terancam. 

Di sepanjang perkembangannya dimasa ini, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar. Sehinggalah ia merasakan bekalan yang ada padanya mencukupi untuk ia berubah.

Seterusnya, ia akan merubah kepada Pupa atau kepompongPupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu–tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.

Dikala ini adalah masa yang sungguh memeritkan dan menyeksakan. Tinggal di dalam satu ruang yang sempit bersendirian. Tanpa makan mahupun minum. Mengharap hanya dari bekalan yang tersimpan didalam badan. Terdedah kepada ancaman, malapetaka dan pelbagai keadaan cuaca tanpa dapat bergerak kemana-mana mahupun untuk mempertahankan diri. Berserah ia kepada yang esa. Yakin...pastikan sinar menjelma akhirnya.


rama-rama, butterfly, cantik

No comments:

Post a Comment